Sukarelawan aka Hardcore

Blog Single

Bapakku.FM sedang dalam perancangan untuk membangunkan sebuah pusat selam skuba (dive center) dan Base Camp di Kg. Mukut, Pulau Tioman. Kerja-kerja asas di tapak tersebut sudah pun dimulakan sendiri oleh Abg Isma dengan bantuan belia tempatan.

Untuk pertama kalinya, kami membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Sukarelawan aka Hardcore Bapakku.FM untuk bercuti sambil bekerja, untuk tinggal bersama orang tempatan serta mendapatkan pengalaman teori, praktikal dan teknikal bersama kami. Sukarelawan akan diberi penginapan dan makanan percuma untuk kerja-kerja yang dilakukan sepanjang tempoh mereka berada di sana.

Model kerja sukarelawan seperti ini banyak digunakan di negara lain dimana ia dapat membantu sesuatu projek atau aktiviti dijalankan dengan lebih efisien.

Kami mencari sukarelawan pelbagai fungsi & profesional berkemahiran untuk membantu kami membangunkan Mukut Dive Colony & Bapakku.FM Base Camp. Pengalaman asas dalam pertukangan kayu dan besi, sistem paip air dan sebagainya amat kami perlukan

Sukarelawan perlu ramah, tegas, aktif, kreatif, dan sentiasa bersemangat. Tiada masa yang ditetapkan untuk kerja sukarelawan ini, hanya apabila diperlukan dengan maksima 5 jam sehari!!!. Hubungi kami di talian yang tertera atau terus daftar di bawah.

Daftar untuk jadi Sukarelawan aka Hardcore

Share this Post: