Teater Bangsawan : Tun Fatimah

Event Single

Info Acara :

  • 20 - 21 Oktober 2017
  • Panggung Bangsawan Melaka

Bapakku.FM @ Teater Bangsawan : Tun Fatimah

Bapakku.FM akan berada di acara ini dengan Ismahahlil Hamzah akan menjadi salah seorang pelakon dengan memegang watak Laksamana

Pementasan teater bangsawan itu bakal diadakan selama dua hari, 20 Oktober dan 21 Oktober ini bertempat di Panggung Bangsawan Melaka.

Turut tampil dalam teater bangsawan Tun Fatimah ialah aktor Remy Ishak yang mendukung watak sebagai Sultan Melaka, Ashraf Muslim sebagai Tun Ali dan Ebby Yus.

Teater bangsawan Tun Fatimah arahan Lokman Ghani, anjuran Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) dengan kerjasama Istana Budaya dan Briged Seni Melaka..

Pementasan pada 20 Oktober nanti adalah untuk jemputan VVIP dan Korporat manakala 21 Oktober, dibuka kepada umum.

Tiket-tiket untuk menonton teater bangsawan Tun Fatimah berharga RM150 (untuk tempat duduk bawah), RM100 (tempat duduk atas) manakala tiket berharga RM80 dan RM50 masing-masing tempat duduk bawah dan atas pula untuk tayangan pada 21 Oktober.

Pementasan Teater Bangsawan Tun Fatimah sempena sambutan ulang tahun kelahiran Gabenor Melaka, Tuan Yang Terutama Datuk Seri Mohd. Khalil Yaakob yang ke-79.

Datang dan saksikan Bapakku.FM @ Teater Bangsawan : Tun Fatimah. Stay tuned!!!