Pencarian Delmoraa Idol

» Delmoraa Idol

Bapakku.FM | Delmoraa Idol

Adakah anda seorang yang sporting? Mampukah ada menyanyi dan mengacara pada waktu yang sama? Jika ya, andalah bakat yang dicari-cari oleh Bapakku.FM demi merealisasikan projek Pencarian Delmoraa Idol.

Namun, Pencarian Delmoraa Idol bukanlah sebuah realiti program hiburan yang sama seperti yang kita lihat di beberapa saluran televisyen di negara ini.

Sebaliknya ia adalah sebuah projek yang dianjurkan Bapakku.fm melalui sayap pemasarannya, Bapakku Marketing dalam usaha untuk memperkenalkan serta memasarkan Delmoraa iaitu sebuah produk berasaskan minuman kesihatan dengan lebih meluas lagi.

Dalam usaha mencari Delmoraa Idol ini, Bapakku Marketing akan mengadakan Road Tour Delmoraa Bapakku.FM di seluruh kedai jamu di setiap negeri dengan memasarkan sama produk Delmoraa.

Pengasas Bapakku.FM, Ismahalil Hamzah berkata, buat masa ini, produk Delmoraa hanya di ketahui oleh pendengar Bapakku.fm. "Sudah sampai masanya untuk pihak kami keluar dan melancarkan Road Tour Delmoraa untuk pengetahuan umum. Dalam road tour ini kami akan mencari calon atau seseorang yang digelar Delmoraa Idol. "Delmoraa Idol hendaklah memiliki kriteria yang sesuai sebagai idol yang mana calon tersebut mestilah pandai menyanyi, mengacara serta bersifat sporting. Calon tepat Delmoraa Idol juga bakal menjadi penghias dan penyeri bunting dan banner Delmoraa.

Menurut Ismahalil Hamzah lagi, Road tour ini bakal mempunyai banyak cerita dan testimoni untuk diceritakan kembali ke dalam ruang udara radio Bapakku.FM nanti.

"Setiap bulan kami akan memilih pengguna bertuah Delmoraa yang tampil dengan testimoni yang baik tentang keberkesanan Delmoraa ini. Percutian ke Pulau Tioman selama 2 hari 2 malam bakal menjadi ganjaran buat pengguna yang bertuah".

Road Tour Delmoraa Bapakku.FM ini akan turut disertai oleh Team Admin & Marketing, The Super Buskers , penaja dan Team Bikers. Ia merangkumi 4 Zon iaitu Utara , Selatan , Pantai Timur dan Lembah Klang.

Kesesuaian tempat persinggahan road tour akan dikenal pasti dalam waktu terdekat. Lokasi seperti Plaza Angsana Johor Baharu , Melaka Mall dan KB Mall mungkin bakal menjadi destinasi persinggahan kami.

Siapa yang bakal dinobatkan sebagai Delmoraa Idol? Kita tunggu dan lihat. Sebuah lagu khas telah dicipta bagi tujuan mempromosikan produk Delmoraa. Lagu ciptaan The Super Buskers dan lirik ditulis Ismahalil Hamzah Sendiri. The Super Buskers juga merupakan juri tetap dalam pencarian 'Delmoraa Idol'.

Untuk menyertai atau maklumat lanjut, hubungi +6010 518 7000 atau +6012 326 4654 atau hantar info anda melalui borang di bawah